Lawatan Kerja Menteri Besar Negeri Sembilan ke DUN Chennah, Jelebu

26 April 2021 - Lawatan Sehari Menteri Besar Negeri Sembilan ke DUN Chennah. Turut hadir bersama adalah YB Anthony Loke, ADUN Chennah; YB Bakri Sawir, ADUN Klawang yang diiringi oleh Pegawai Daerah Jelebu Encik Abdul Rahim A. Aziz. Lawatan Kerja ke Dataran Mengemping, Kampung Sungai Buluh bagi menyampaikan Insentif Pembangunan Tanah Sawah Padi berjumlah RM400,000.00. Sawah padi berkeluasan 187 hektar ini membantu menyara hidup lebih kurang 74 petani sawah dari Kampung Sungai Buluh. Hasil tahun 2020, sebanyak 1,470 tan metrik padi telah dikeluarkan daripada kawasan ini yang bernilai RM1.7 juta. Ini menunjukkan potensi besar sawah padi ini untuk dikembangkan bukan sahaja dari aspek pertanian, malahan juga eko-pelancongan. Kerajaan Negeri komited bagi merealisasikan pembangunan setempat. 

IMG 4439 IMG 4462 IMG 4579