OBJEKTIF
- Merancang, melaksana, menyelaras dan memantau projek-projek kecil pembangunan dan projek-projek yang dilaksanakan oleh Kementerian / Jabatan / Agensi Kerajaan di peringkat Daerah.
- Merancang, melaksana dan memantau perbelanjaan peruntukan mengurus unit pembangunan.
- Memantau penyediaan maklumbalas Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tindakan Daerah, Mesyuarat Majlis Tindakan Negeri, Mesyuarat Jawatankuasa Kerja tindakan Negeri dan lain-lain mesyuarat serta mewakili Pegawai Daerah ke mesyuarat peringkat daerah dan negeri.
- Membantu pegawai daerah dalam menyiasat dan menyelesaikan aduan-aduan berkaitan isu-isu pembangunan dan sosio-ekonomi.
FUNGSI UNIT PEMBANGUNAN NEGERI
- Merancang keperluan projek-projek kecil.
- Melaksanakan kerja-kerja melalui sebutharga atau pemberian terus.
- Memantau projek agensi kerajaan lain.
FUNGSI UNIT PEMBANGUNAN SOSIAL
- Membuat kajian perancangan projek PKR, PMS, PPMS dan PPD.
- Memantau kemajuan pelaksanaan projek-projek di atas.
- Meyeliakan pentadbiran jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung.
FUNGSI UNIT PENTADBIRAN DAN KEWANGAN
- Penyediaan baucer pembayaran.
- Pengurusan buku vot.
- Penyediaan laporan dan prestasi pemborong.
- Urusan pentadbiran unit, sistem fail dan surat-surat.